PHEMFC - Web Rasmi Bagi Member-Member PHEMFC.....

PHEMFC bermula dengan beberapa perlawanan persahabatan dengan niat untuk bersukan dan beriadah disamping mengeratkan hubungan silaturrahim dengan member-member dan pasukan lawan....

Sunday, 14 November 2010

AKHIRNYA KECUNDANG JUA...

Kebajikan, Sabtu 13/11/10 : Phemfc yang cuba mengekalkan rekod tanpa kalah selama memakai jersi baru akhirnya terpaksa akur setelah di "jinakkan" oleh taib dengan jaringan 4-3 .Phem yang terus menerus dengan masalah disiplin(hanya 12 orang yang datang..masalah ani semakin serius), memaksa pengurus menukar posisi-posisi biasa kepada "plan H", dimana beberapa orang pemain terpaksa bermain bukan di posisi asalnya menyebabkan rentak permainan hambar. Pada perlawanan ini, phem memulakan perlawanan agak hambar, dimana hampir sepanjang separuh masa pertama team lawan menguasai permainan.

Taib membuka jaringan dipertengahan babak pertama, dan tidak lama selepas itu mereka terus dihadapan dengan menambah satu lagi jaringan.Walaupun sudah ketinggalan, tapi phem masih juga membuktikan kelaparan mereka, dan akhirnya berjaya memacahkan talur, apabila percubaan daripada amin terkena tiang terus disambar oleh ajis menjadikan kedudukan 2-1 hingga wisel separuh masa tamat.

Diseparuh masa kedua, pasukan membuat pertukaran dengan memasukkan azyrin dan sujairi yang menggantikan amin dan fahmi, dan terpaksa meloan "express" hj boy( urang team sebalah ) sebab inda cukup urang.

diseparuh masa kedua ini juga rentak sedikit berubah dimana phem mampu membuat beberapa gerakan dan serangan ke kubu lawan. Akhirnya phemfc berjaya menyamakan kedudukan apabila ajis dengan bijak menyambar bola yang terlepas dari kawalan pertahanan taib.

menyedari phem semakin lapar, taib menggandakan serangan dan akhirnya berhasil menjaringkan hol ketiga, menerusi gol sendiri hj azrol yang cuba menyelamatkan bola diatas garisan ( ndapa g,nda ku menyalahkan kau tu,hehe).Dan selang beberapa minit mereka terus selesa dihadapan menjadikan kedudukan 4-2.

Walaupun ketinggalan, phem terus cuba menggasak pertahanan lawan, dan akhirnya berjaya merapatkan jurang menerusi hj boy ( Pemain yang diloan ), dan kedudukan ini tamat hingga wisel penamat.

Secara keseluruhan permainan tidak lah sehebat ketika menentang SBFC tempoh hari, ini mungkin disebabkan ramai pemain yang tidak datang ( yang datang pun terpaksa menanggung padah kerana cedera...ajis, jupri ), dan yang lebih malang lagi pemain-pemain terpaksa bermain diposisi yang lain dari kebiasaan..

untuk perlawanan akan datang, pengurus tidak akan mengkonfomkan sebarang game, sebelum disanggupi oleh semua pemain, demi memastikan perkara seperti ini ( kekurangan ) tidak berlaku lagi.

p/s : gambar tidak dapat di post sebab nada urang kan disuruh menggambar..

Thursday, 11 November 2010

NOVEMBER GAME

Assalamualikum..

Perlawanan phemfc seterusnya ialah menentang taib selection pada esok sabtu 13/11/10 bertempat di Padang Kebajikan Berakas jam 4.30 Petang

Sila pastikan abiskita membawa $4 bersama baju team warna merah..

laporan akan diupdate selepas perlawanan..

Sunday, 26 September 2010

KEMENANGAN PERTAMA SELEPAS HARI RAYA..

Balapan ; pemain-pemain phemfc hari ani membuktikan yang durang nda banyak makan time open house sama nda banyak minum begas time raya ani bilamana perlawanan yang berlangsung petang tadi menyaksikan phemfc berjaya menewaskan SBFC dengan jaringan 4-3 .

phemfc yang turun tanpa beberapa tonggak utama ternyata tidak mengalami masalah diawal-awal perlawanan dimana phem berjaya membuka jaringan menerusi ajis. tidak lama selepas itu sbfc pula berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan yang cantik yang tidak dapat diselamatkan oleh hanafi.

tidak lama selepas itu ajis sekali lagi membuktikan kehebatannya bilamana jarongannya gagal diselamatkan oleh penjaga gol sbfc.Belum pun lama phem meraikan jaringan itu sbfc dihadiahkan penalti setelah tohara secara "tidak sengaja" menolak penyerang sbfc didalam kotak d.

dalam kerancakkan mencari rentak, sekali lagi phem didepan.kali ini menerusi kbas yang "lapar" melarikan bola secara solo. ketika perlawanan hampir tamat sbfc sekali lagi menyamakan kedudukan menjadikan kedudukan 3-3 .

diseparuh masa kedua, phemfc menukar beberapa pemain bagi memantapkan posisi .pada separuh masa kedua ini masing-masing berbalas serangan, akan tetapi kekentalan pertahanan masing-masing menjadi penghalang .

phemfc hampir mendahului lagi bilamana amin berjaya menembusi gawang, tetapi dibatalkan oleh pengadil kerana terkena tangan, begitu juga dengan gol nizam yang dibatalkan akibat terkena tangan .

heri bersejarah bagi phem hadir apabila azrol menjaringkan gol kemenangan setelah berjaya "meracun" penjaga gol sbfc ( kalau aku punya predict, ia pulang jadi man of the match ni,hehe).

secara keseluruhan pemain-pemain menunjukkan persembahan yang baik, cuma ada ketikanya "kelaparan" tidak dapat dibendung, menyebabkan posisi masing-masing ditinggalkan...

jumpa lagi diperlawanan akan datang..gambar tunggu hj nizam membagi:)

Friday, 17 September 2010

PERLAWANAN MEMBUANG LAMAK!!

SALAM SEMUA..BERSEMPENA PUASA SUDAH HABIS DAN HARIRAYA PUN SUDAH LAPAS SEMINGGU, PHEMFC AKAN MENGADAKAN PERLAWANAN MEMBUANG LAMAK, YANG MANA PERLAWANAN INI AKAN BERLANGSUNG SELAMA 2 HARI BERTURUT-TURUT IAITU PADA :

1- 26 HB SEPTEMBER 2010(AHAD)
2-27 HB SEPTEMBER 2010 (ISNIN)
JAM: 4.30 PTG
VENUE:KOMPLEKS SUKAN BERAKAS(PADANG KEBAJIKAN)

DIHARAP KEPADA PEMAIN-PEMAIN DAPAT MENGHADIRKAN DIRI PADA TARIKH DAN MASA YANG TELAH DINYATAKAN DENGAN MEMBAWA BAJU TEAM DAN ONGKOS $4..

SELAMAT HARI RAYA.

Pihak pengurusan phemfc ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pemain-pemain phemfc .

Tuesday, 3 August 2010

phem vs jpi

fahmi beraksi diseparuh masa pertama sebagai midfield..
dua pemain yang berbeza posisi..tetapi matlamat tetap sama..

new signing..harga?tidak dipublish berapa,hehe


jufri..sentuhan bisanya masih dinanti-nanti..

fahmi masih mencari rentaknya yang dahulu..

ajis..mungkinkah posisinya akan dibid oleh c napi?hehe..just joking(,")

azyrin..berpuas hati sebab bajunya muat,haha

pemain simpanan yang lapar-lapar belaka

sujairi dibeli dari itq dengan harga senaskah al-quran,hehe


dua pemain misteri..suka kan jadi numbur satu..liat numbur baju durang,hehe











KEMENANGAN BERHARGA!

setelah sekian lama dirundung kekalahan ,hari ani phem melakar kemenangan bergaya menewaskan jpi 4-1 .kemenangan hari ini juga diselajurkan dengan "laungching" jersi baru phem dan juga sebagai perlawanan penutup sebelum pemain-pemain phemfc beraksi dimasjid masing-masing dibulan ramadhan nanti .

kehadiran ramai pemain hari ani menggembirakan pengurusan walaupun sedikit kecewa dengan kondisi padang yang terlalu "licak" , namun ianya tidak menggugat semangat baju baru .

phem memulakan formasi "all-out-attack" ,dimana pemain-pemain lebih banyak disusun untuk menyerang .dibarisi fahmi,ajis,nijam,jufri,jamil,mazlan ,kbas dan lain-lain,phem berhasrat untuk merasmikan baju baru ini dengan penuh gaya .walaupun berbalas-balas serangan akan tetapi masing-masing belum dapat menembusi gawang masing-masing ,sehinggalah kbas berjaya memecah kebuntuan sekaligus menjadi penjaring pertama dengan jersi baru.

diseparuh masa kedua phem menukar 99% pemain dimana hanya sadullah dan kadut sahaja pemain separuh masa pertama yang masih kekal bermain ,manakala selebihnya adalah team baru seperti hanafi ,abing ,amin,ayub ,azyrin ,mong ,jimi dan lain-lain .diseparuh masa kedua phem lebih banyak membuat formasi simple past .dalam phem mengatur permainan ,jpi berjaya merapatkan jurang apabila wandai terlepas dari kawalan dan merembat menewaskan kadut menjadi 1-1 .

setelah itu phem lebih banyak mendominasi posisi .gol seterusnya menjelma apabila azyrin dengan bijak membuat "placing" menewaskan penjaga gol yang di"loan"iaitu tohara menjadikan 2-1 .

tidak lama kemudian kbas yang dimasukkan semula sekali lagi menjadi penyumbang gol bilamana jaringannya juga berjaya menewaskan tohara untuk kali ketiga .ketika perlawanan hampir tamat ,jimi turut memasukkan namanya dalam sejarah"new jersi debut" bilamana ia menjaringkan gol setelah menerima hantaran daripada kbas .

dengan kemenangan ini phem telah berjaya memecahkan rekodnya yang tidak pernah menang dalam beberapa bulan kebelakangan ini .

semoga berjumpa lagi selepas hari raya...chow .

Friday, 30 July 2010

injury update




pengurusan phemfc baru saja diberitahu bahawa salah seorang pemain perancang yang berpotensi iaitu jundul "aquilani" telah mengalami kecederaan serius dikaki dan besar kemungkinan tidak akan bermain lagi untuk phemfc .

pengurusan amat bersimpati kepada beliau.didoakan semoga beliau cepat sembuh,walaupun bukan untuk bermain bola ,tetapi untuk kehidupan yang mendatang..

p/s:cuma yang diharapkan jundul dapat datang di setiap friendly yang melibatkan phemfc , walaupun nda main ,meliat pun ok,hehe..

Friday, 23 July 2010

jersi baru




ani adalah gambar baju baru yang akan kitani oder(yang merah ah,yang hijau atu untuk keeper). so,untuk memudahkan abiskita memilih saiz baju abiskita disertakan cara-cara menyukat baju :sukat arah lining diketiak pakai penyukat baju, lapas atu kali 2,contoh : sukatan 19 inci x 2 = 38,so,38 ialah saiz xs .

s =40
m =42
l =44
xl =46
xxl =48
xxxl =50
xxxxl =52
xxxxxl =54

untuk saiz s-xxl harga masih lagi $20 , untuk xxxl keatas tambahan $1 bagi satu x..tq

JERSI BARU PHEMFC

SENARAI NAMA PEMAIN DAN NOMBOR JERSI DAN SAIZ BAJU

BIL NAMA NOMBOR JERSI SAIZ
1 MUHAMMAD HANAFI 83 XL
2 MUHAMMAD FAHMI 15 XXL
3 HJ TOHARA
4 HJ ZAINOL
5 HJ SYMSUL 7 XXL
6 HJ SADULLAH
7 JIMI BUNAL
8 MORNI 99 M
9 KADUT
10 PG AMIRUDDIN
11 KBAS
12 HAZIMIN
13 AZYRIN
14 JUNDUL
15 JAYA
16 KAMAL
17 JUFRI 13 M
18 JAMIL 9
19 NIZAM 23 XXL
20 MASDI 10
21 SUJAIRI 14 XL
22 AZROL M
23 LAYONG
24 AMIN 11 L
25 AZIZ 18
26 SAHRI 20
27 AGUS 12 XXL
28 ENDY
29 HAMDAN
30 MAZLAN
31 SAFRILLAH
32 AL-AYUBI
33 ASMINAN

*kepada pemain-pemain yang balum berisi nombor jersi sama sais bajunya atau namanya teskip didalam list ani, diminta supaya dapat berbuat demikian.caranya mudah!hanya perlu reply diblog ini!!reply diblog ini!! bukannya ke hp pengurus atau penolong pengurus,hehe.. .masa yang abiskita diberikan ialah seminggu,supaya pengurusan dapat membuat tempahan(tertakluk kepada persetujuan ramai pemain..tapi setakat ini hampir semua sudah setuju, cuma tidak memberikan saiz baju dan nombor jersinya..kerjasama adalah diperlukan.mengenai design,akan dipaparkan nanti..setakat ani harga bagi seorang ialah $20

p/s:mengenai bayaran nanti ku bepadah..

Saturday, 17 July 2010

phemfc next fixture

perlawanan seterusnya phemfc akan melayan guru-guru sekolah arab(hasil dari rundingan co-manager fahmi).
perlawanan akan berlangsung distadium unissa gadong jam 4.30 petang pada 20/7/2010 selasa .
kepada yang berlaku sila pastikan bawa baju team sama $3..

see you on the ball!!adios

Monday, 5 July 2010

july schedule

salam semua..sudah lama nda masuk dalam web ani ,usulnya nada banyak yang log in.kepada squad phem dialu-alukan untuk log-in kemari demi untuk memeriahkan web ani.

btw, untuk july ani ada sudah schedule game tani .setakat ani cuma satu game saja yang konpom..check it out

12/7/2010 (isnin )
jam : 4.30 ptg
venue : padanag kompleks sukan berakas ( kebajikan )

so,kepada yang belaku atau inda pls inform , dan jangan lupa bawa baju team sama $4..

Wednesday, 16 June 2010

apa sudah jadi??

kebajikan:phemfc semalam mendapat pengajaran berharga bilamana dibelasah oleh firqatun-nida dengan jaringan 3-6(kali jua tu..)

apa yang lebih mendukacitakan kehadiran pemain-pemain hanya sekitar 8-9 orang sahaja dan terpaksa meminjam khidmat kanak-kanak yang kebetulan duduk melihat perlawanan ini..

harapan daripada pihak pengurusan supaya perkara sebegini tidak berulang lagi..kepada pemain-pemain yang tidak dapat bermain dalam satu-satu perlawanan supaya dapat mengkontek pihak tertentu supaya dapat dicarikan pengganti.

Friday, 11 June 2010

vs FIRQATUN NIDA..

phemfc akan meneruskan perlawanan persahabatan menentang firqatun nida pada 15/6/2010 bertempat dipadang kebajikan jam 4 petang..

kepada pemain-pemain diharapkan datang dengan membawa jersi masing-masing berserta ongkos $4..

Wednesday, 2 June 2010

HOLIDAY SCHEDULES

salam semua..
berikut adalah schedule untuk bulan Jun (sempena cuti sekolah ):

1- 8/6/2010 ( selasa )
perlawanan menentang JMK di padang MD jam 4.30 Petang

2- 15/6/20101 (Selasa )
perlawanan menentang Unknown di Kopleks sukan Berakas jam 4.00 Petang

seperti biasa,sila bawa baju team dan $ 3-4...

Wednesday, 26 May 2010

PENGAJARAN BERHARGA

Ubd ; 26 Mei 2010 :Perbezaan umur yang ketara menyebabkan phemfc tidak dapat menyaingi kehebatan "ipt xi" dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung disini petang tadi, dimana phemfc dibelasah 8-0(kalau ku inda salah kira)

dengan keadaan padang yang tidak berapa baik(buleh dikatakan buruk lah), ditambah lagi dengan beberapa pemain utama tidak beraksi ,mencacatkan sedikit rentak phemfc.

phem bermula agak baik 2 minit awal dimana azyrin berjaya membuat percubaan akan tetapi percubaannya tersasar .selepas itu iptxi mula menunjukkan permainan mereka.

gol pertama ipt xi hadir setelah penyerangnya merembat bola menerusi tendangan percuma didalam kotak d setelah hanafi menyentuh bola hasil hantaran pg amir.selang beberapa minit kekecohan terjadi bilamana hanafi dikasari oleh salah seorang pemain lawan menyebabkan beliau hampir-hampir menjadi "incridible hulk" , tapi nasib baik beliau sempat sedar(hehe..)

setelah itu ipt xi lebih banyak menguasai permainan dimana serangan demi serangan dilakukan ,dan akhirnya diseparuh masa pertama phem ketinggalan 4-0 .

pada separuh masa kedua percaturan kedua-dua pasukan untuk memantapkan disetiap posisi ,akan tetapi ipt lebih mendominasi padang dimana diseparuh masa kedua mereka berjaya membolosi gawang phem(sampai aku pun inda ingat cemana gol-golnya,hehe)

dengan kekalahan ini phem terus berada didalam kekalahan yang seterusnya(kalau liga konfom dibawah ni,hehe)..tapi inda apa , yang penting tani main bola,kalah manang numbur dua,hehe..

jumpa lagi diperlawanan akan datang...adios!

Sunday, 23 May 2010

MID-WEEK GAME

phemfc akan meneruskan perlawanan persahabatan menentang "ipt xi" yang akan berlangsung dipadang ubd pada hari rabu 26/5/10 jam 4.30 ptg..

kepada pemain-pemain diharap akan dapat datang "awal" dengan membawa baju team berserta wang pengkeras $3..

see you at the game..

Monday, 17 May 2010

phemfc vs kroniz fc review

kebajikan 15 may : phemfc masih lagi kempunan untuk melakar kejayaan , dan kali ini hasrat mereka ditahan oleh kroniz fc dengan jaringan 5-2 .

dalam keadaan cuaca hujan yang agak lebat,perlawanan tetap diteruskan .kehadiran pemain-pemain utama pada petang itu membuktikan semangat sepasukan yang amat dalam .phemfc seperti biasa menurunkan penjaga gol hanafi(baik tah pikirkan ni ia ani..hehe),dan dibahagian pertahanan dikemudi oleh kbas,gnul,tohara dan hamdan.manakala mid field dikendali oleh jundul"aquilani" dan nizam disamping jamil dan jufri manakala penyerang merupakan gandingan mantap ajis dan fahmi.

diawal perlawanan phemfc menunjukkan satu permainan yang agak menarik dimana lebih banyak mendominasi dan mengawal bola ,cuma ketumpulan untuk menyusun serangan membantutkan hasrat phemfc untuk membuka jaringan.cuma dipertengahan separuh masa pertama phemfc memperolehi gol pembukaan menerusi ajis setelah fahmi dengan bijak membuat cross yang cantik .

menyedari mereka ketinggalan ,kroniz membuat gerakan yang bahaya dan percubaan "shot on goal"akan tetapi penjaga gol phem dapat menafikan serangan dan percubaan mereka ,akan tetapi diminit-minit akhir separuh masa pertama kroniz berjaya membolosi gawang hanafi setelah percubaan penyerang mereka tidak dapat ditangkap dengan kemas oleh hanafi(baiktah membali glove baru,hehhe)

diseparuh masa kedua phemfc menukar strategi dengan memasukkan azrin,pg saifol dan jufri dibahagian pertahanan,manakala amin diletakkan sebagai wing..
mungkin akibat subtitute kurang atau letih rentak phemfc berubah total,dimana pasukan lawan lebih banyak menyerang dan phemfc hanya banyak bertahan .

kedukaan phemfc bermula apabila tendangfan gol daripada hanafi terkena penyerang lawan dan terus meluru dan membuat rembatan menjadikan 2-1 .selang beberapa minit mereka terus didepan apabila rembatan dari luar kotak d tidak dapat ditampan oleh hanafi menjadikan 3-1 ,dan tidak lama kemudian kedudukan semakin berubah menjadi 4-1 menerusi tendangan basikal yang cantik.

walaupun ketinggalan phem masih berusaha mengatur serangan ,dan kedukaan terubat bilamana tengdangan sudut dolez ditangduk oleh pg saipol dan bijak disambar oleh jamil menjadikan 4-2.

dalam semua pemain mengira-ngira untuk menamatkan perlawan sekali lagi kroniz mebuat serangan dan menjadikan keputusan muktamad 5-2 .

dengan kekalahan ini phemfc masih lagi belum memenangi sebarang perlawanan dalam tempoh 2 bulan ini .diharapkan pemain-pemain akan dapat menyesuaikan diri dengan corak permainnan phemfc(yang bercampur veteran+muda,hehe)

jupa lagi dimasa akan datang...chow!

Thursday, 13 May 2010

tomorrow fixture

phemfc akan meneruskan perlawanan persahabatan esuk menentang "kroniz fc" bertempat dipadang kebajikan kompleks sukan berakas jam 4 ptg..

diharapkan perlawanan ini akan dapat menebus kekecewaan perlawanan lalu,dan macam biasa bawa $4 ringgit dan baju ijau..tq

Monday, 10 May 2010

kalah lagi!

kebajikan;10/5/10:
kekalahan terus menghantui phemfc dan kali ani phemfc tewas ditangan pasukan yang jauh lebih muda iaitu pasukan dari jerudong dengan jaringan 4-1 .

faktor cuaca yang panas dan faktor umur(kira kes nda tahan bepanas lah,hehe)menyebabkan persembahan phemfc pada perlawanan semalam adalah antara persembahan terburuk phemfc semenjak pasukan ini ditubuhkan .

phemfc yang bermain menurunkan antar pemain-pemain terbaiknya bermula agak agresif dimana dimint wal sudah membuat percubaan dan akhirnya berjaya mendahului dengan 1-0 menerusi ajis .

selepas saja gol tersebut, pasukan muda ini menunjukkan prestasi durang yang sebenar dimana mereka lebih banyak mendominasi bahagian tengah berbanding phemfc . akhirnya gol penyamaan jerudong diperolehi setelah penyerangnya berjara "mentrick" kbas menjadikan 1-1 .setelah itu serangan demi serangan dilakukan oleh pasukan jerudong hanyasaja percubaan mereka banyak yang tersasar dan dapat dipatahkan oleh pertahanan dan penjaga gol .phemfc bagaimanapun mempunyai beberapa peluang akan tetapi penggempur hadapan phemfc tidak berupaya memecah gawang lawan ,dan kedudukan ini berlarutan hingga tamat separuh masa pertama .

diseparuh masa kedua phem menukar beberapa pemain seperti memasukkan fahmi menggantikan nijam(napa tia legend ani nda betamu sama-sama,hehe),abing menggantijkan kbas,dan beberapa pemain lagi . pasukan jerudong membuat serangan pantas dengan percubaan yang cantik tetapi dapat ditepis oleh penjaga gol phemfc . selepas itu phemfc cuba untuk mengawal permainan akan tetapi hanya bersifat sementara sahaja bilamana pasukan lawan lebih banyak mengatur dan membuat serangan. akhirnya kelekaan pertahanan menyebabkan gawang phemfc bolos lagi dengan larian pantas dari pemain pertahanan lawan yang bijak memperdayakan penjaga gol dengan rembatan yang cantik.

selang beberaqpa minit pasukan lawan semakin selesa dihadapan apabila penyerangnya berjaya "menipu" penjaga gol dengan "individual skillnya" menjadikan kedudukan 3-1 .selepas kemasukan 3 gol phemfc semakin hilang arah walaupun ada beberapa percubaan cantik antaranya percubaan abing yang berjaya ditepis oleh penjaga gol lawan .

dalam keghairahan mencari gol semangat, pasukan lawan terus selesa dihadapan setelah penyerangnya membuat tandukan yang mudah menjadikan kedudukan 4-1 sehinggalah wisel penamat .

melihat kepada kekalahan ini phemfc mesti mencari rantak yang lebih kemas untuk menguatkan dan memantapkan pasukan phemfc...go go phemfc..

jumpa lagi diperlawanan akan datang...chow!