PHEMFC - Web Rasmi Bagi Member-Member PHEMFC.....

PHEMFC bermula dengan beberapa perlawanan persahabatan dengan niat untuk bersukan dan beriadah disamping mengeratkan hubungan silaturrahim dengan member-member dan pasukan lawan....

Monday 17 May 2010

phemfc vs kroniz fc review

kebajikan 15 may : phemfc masih lagi kempunan untuk melakar kejayaan , dan kali ini hasrat mereka ditahan oleh kroniz fc dengan jaringan 5-2 .

dalam keadaan cuaca hujan yang agak lebat,perlawanan tetap diteruskan .kehadiran pemain-pemain utama pada petang itu membuktikan semangat sepasukan yang amat dalam .phemfc seperti biasa menurunkan penjaga gol hanafi(baik tah pikirkan ni ia ani..hehe),dan dibahagian pertahanan dikemudi oleh kbas,gnul,tohara dan hamdan.manakala mid field dikendali oleh jundul"aquilani" dan nizam disamping jamil dan jufri manakala penyerang merupakan gandingan mantap ajis dan fahmi.

diawal perlawanan phemfc menunjukkan satu permainan yang agak menarik dimana lebih banyak mendominasi dan mengawal bola ,cuma ketumpulan untuk menyusun serangan membantutkan hasrat phemfc untuk membuka jaringan.cuma dipertengahan separuh masa pertama phemfc memperolehi gol pembukaan menerusi ajis setelah fahmi dengan bijak membuat cross yang cantik .

menyedari mereka ketinggalan ,kroniz membuat gerakan yang bahaya dan percubaan "shot on goal"akan tetapi penjaga gol phem dapat menafikan serangan dan percubaan mereka ,akan tetapi diminit-minit akhir separuh masa pertama kroniz berjaya membolosi gawang hanafi setelah percubaan penyerang mereka tidak dapat ditangkap dengan kemas oleh hanafi(baiktah membali glove baru,hehhe)

diseparuh masa kedua phemfc menukar strategi dengan memasukkan azrin,pg saifol dan jufri dibahagian pertahanan,manakala amin diletakkan sebagai wing..
mungkin akibat subtitute kurang atau letih rentak phemfc berubah total,dimana pasukan lawan lebih banyak menyerang dan phemfc hanya banyak bertahan .

kedukaan phemfc bermula apabila tendangfan gol daripada hanafi terkena penyerang lawan dan terus meluru dan membuat rembatan menjadikan 2-1 .selang beberapa minit mereka terus didepan apabila rembatan dari luar kotak d tidak dapat ditampan oleh hanafi menjadikan 3-1 ,dan tidak lama kemudian kedudukan semakin berubah menjadi 4-1 menerusi tendangan basikal yang cantik.

walaupun ketinggalan phem masih berusaha mengatur serangan ,dan kedukaan terubat bilamana tengdangan sudut dolez ditangduk oleh pg saipol dan bijak disambar oleh jamil menjadikan 4-2.

dalam semua pemain mengira-ngira untuk menamatkan perlawan sekali lagi kroniz mebuat serangan dan menjadikan keputusan muktamad 5-2 .

dengan kekalahan ini phemfc masih lagi belum memenangi sebarang perlawanan dalam tempoh 2 bulan ini .diharapkan pemain-pemain akan dapat menyesuaikan diri dengan corak permainnan phemfc(yang bercampur veteran+muda,hehe)

jupa lagi dimasa akan datang...chow!

No comments: