PHEMFC - Web Rasmi Bagi Member-Member PHEMFC.....

PHEMFC bermula dengan beberapa perlawanan persahabatan dengan niat untuk bersukan dan beriadah disamping mengeratkan hubungan silaturrahim dengan member-member dan pasukan lawan....

Monday 10 May 2010

kalah lagi!

kebajikan;10/5/10:
kekalahan terus menghantui phemfc dan kali ani phemfc tewas ditangan pasukan yang jauh lebih muda iaitu pasukan dari jerudong dengan jaringan 4-1 .

faktor cuaca yang panas dan faktor umur(kira kes nda tahan bepanas lah,hehe)menyebabkan persembahan phemfc pada perlawanan semalam adalah antara persembahan terburuk phemfc semenjak pasukan ini ditubuhkan .

phemfc yang bermain menurunkan antar pemain-pemain terbaiknya bermula agak agresif dimana dimint wal sudah membuat percubaan dan akhirnya berjaya mendahului dengan 1-0 menerusi ajis .

selepas saja gol tersebut, pasukan muda ini menunjukkan prestasi durang yang sebenar dimana mereka lebih banyak mendominasi bahagian tengah berbanding phemfc . akhirnya gol penyamaan jerudong diperolehi setelah penyerangnya berjara "mentrick" kbas menjadikan 1-1 .setelah itu serangan demi serangan dilakukan oleh pasukan jerudong hanyasaja percubaan mereka banyak yang tersasar dan dapat dipatahkan oleh pertahanan dan penjaga gol .phemfc bagaimanapun mempunyai beberapa peluang akan tetapi penggempur hadapan phemfc tidak berupaya memecah gawang lawan ,dan kedudukan ini berlarutan hingga tamat separuh masa pertama .

diseparuh masa kedua phem menukar beberapa pemain seperti memasukkan fahmi menggantikan nijam(napa tia legend ani nda betamu sama-sama,hehe),abing menggantijkan kbas,dan beberapa pemain lagi . pasukan jerudong membuat serangan pantas dengan percubaan yang cantik tetapi dapat ditepis oleh penjaga gol phemfc . selepas itu phemfc cuba untuk mengawal permainan akan tetapi hanya bersifat sementara sahaja bilamana pasukan lawan lebih banyak mengatur dan membuat serangan. akhirnya kelekaan pertahanan menyebabkan gawang phemfc bolos lagi dengan larian pantas dari pemain pertahanan lawan yang bijak memperdayakan penjaga gol dengan rembatan yang cantik.

selang beberaqpa minit pasukan lawan semakin selesa dihadapan apabila penyerangnya berjaya "menipu" penjaga gol dengan "individual skillnya" menjadikan kedudukan 3-1 .selepas kemasukan 3 gol phemfc semakin hilang arah walaupun ada beberapa percubaan cantik antaranya percubaan abing yang berjaya ditepis oleh penjaga gol lawan .

dalam keghairahan mencari gol semangat, pasukan lawan terus selesa dihadapan setelah penyerangnya membuat tandukan yang mudah menjadikan kedudukan 4-1 sehinggalah wisel penamat .

melihat kepada kekalahan ini phemfc mesti mencari rantak yang lebih kemas untuk menguatkan dan memantapkan pasukan phemfc...go go phemfc..

jumpa lagi diperlawanan akan datang...chow!

No comments: