PHEMFC - Web Rasmi Bagi Member-Member PHEMFC.....

PHEMFC bermula dengan beberapa perlawanan persahabatan dengan niat untuk bersukan dan beriadah disamping mengeratkan hubungan silaturrahim dengan member-member dan pasukan lawan....

Sunday 14 November 2010

AKHIRNYA KECUNDANG JUA...

Kebajikan, Sabtu 13/11/10 : Phemfc yang cuba mengekalkan rekod tanpa kalah selama memakai jersi baru akhirnya terpaksa akur setelah di "jinakkan" oleh taib dengan jaringan 4-3 .Phem yang terus menerus dengan masalah disiplin(hanya 12 orang yang datang..masalah ani semakin serius), memaksa pengurus menukar posisi-posisi biasa kepada "plan H", dimana beberapa orang pemain terpaksa bermain bukan di posisi asalnya menyebabkan rentak permainan hambar. Pada perlawanan ini, phem memulakan perlawanan agak hambar, dimana hampir sepanjang separuh masa pertama team lawan menguasai permainan.

Taib membuka jaringan dipertengahan babak pertama, dan tidak lama selepas itu mereka terus dihadapan dengan menambah satu lagi jaringan.Walaupun sudah ketinggalan, tapi phem masih juga membuktikan kelaparan mereka, dan akhirnya berjaya memacahkan talur, apabila percubaan daripada amin terkena tiang terus disambar oleh ajis menjadikan kedudukan 2-1 hingga wisel separuh masa tamat.

Diseparuh masa kedua, pasukan membuat pertukaran dengan memasukkan azyrin dan sujairi yang menggantikan amin dan fahmi, dan terpaksa meloan "express" hj boy( urang team sebalah ) sebab inda cukup urang.

diseparuh masa kedua ini juga rentak sedikit berubah dimana phem mampu membuat beberapa gerakan dan serangan ke kubu lawan. Akhirnya phemfc berjaya menyamakan kedudukan apabila ajis dengan bijak menyambar bola yang terlepas dari kawalan pertahanan taib.

menyedari phem semakin lapar, taib menggandakan serangan dan akhirnya berhasil menjaringkan hol ketiga, menerusi gol sendiri hj azrol yang cuba menyelamatkan bola diatas garisan ( ndapa g,nda ku menyalahkan kau tu,hehe).Dan selang beberapa minit mereka terus selesa dihadapan menjadikan kedudukan 4-2.

Walaupun ketinggalan, phem terus cuba menggasak pertahanan lawan, dan akhirnya berjaya merapatkan jurang menerusi hj boy ( Pemain yang diloan ), dan kedudukan ini tamat hingga wisel penamat.

Secara keseluruhan permainan tidak lah sehebat ketika menentang SBFC tempoh hari, ini mungkin disebabkan ramai pemain yang tidak datang ( yang datang pun terpaksa menanggung padah kerana cedera...ajis, jupri ), dan yang lebih malang lagi pemain-pemain terpaksa bermain diposisi yang lain dari kebiasaan..

untuk perlawanan akan datang, pengurus tidak akan mengkonfomkan sebarang game, sebelum disanggupi oleh semua pemain, demi memastikan perkara seperti ini ( kekurangan ) tidak berlaku lagi.

p/s : gambar tidak dapat di post sebab nada urang kan disuruh menggambar..

Thursday 11 November 2010

NOVEMBER GAME

Assalamualikum..

Perlawanan phemfc seterusnya ialah menentang taib selection pada esok sabtu 13/11/10 bertempat di Padang Kebajikan Berakas jam 4.30 Petang

Sila pastikan abiskita membawa $4 bersama baju team warna merah..

laporan akan diupdate selepas perlawanan..

Sunday 26 September 2010

KEMENANGAN PERTAMA SELEPAS HARI RAYA..

Balapan ; pemain-pemain phemfc hari ani membuktikan yang durang nda banyak makan time open house sama nda banyak minum begas time raya ani bilamana perlawanan yang berlangsung petang tadi menyaksikan phemfc berjaya menewaskan SBFC dengan jaringan 4-3 .

phemfc yang turun tanpa beberapa tonggak utama ternyata tidak mengalami masalah diawal-awal perlawanan dimana phem berjaya membuka jaringan menerusi ajis. tidak lama selepas itu sbfc pula berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan yang cantik yang tidak dapat diselamatkan oleh hanafi.

tidak lama selepas itu ajis sekali lagi membuktikan kehebatannya bilamana jarongannya gagal diselamatkan oleh penjaga gol sbfc.Belum pun lama phem meraikan jaringan itu sbfc dihadiahkan penalti setelah tohara secara "tidak sengaja" menolak penyerang sbfc didalam kotak d.

dalam kerancakkan mencari rentak, sekali lagi phem didepan.kali ini menerusi kbas yang "lapar" melarikan bola secara solo. ketika perlawanan hampir tamat sbfc sekali lagi menyamakan kedudukan menjadikan kedudukan 3-3 .

diseparuh masa kedua, phemfc menukar beberapa pemain bagi memantapkan posisi .pada separuh masa kedua ini masing-masing berbalas serangan, akan tetapi kekentalan pertahanan masing-masing menjadi penghalang .

phemfc hampir mendahului lagi bilamana amin berjaya menembusi gawang, tetapi dibatalkan oleh pengadil kerana terkena tangan, begitu juga dengan gol nizam yang dibatalkan akibat terkena tangan .

heri bersejarah bagi phem hadir apabila azrol menjaringkan gol kemenangan setelah berjaya "meracun" penjaga gol sbfc ( kalau aku punya predict, ia pulang jadi man of the match ni,hehe).

secara keseluruhan pemain-pemain menunjukkan persembahan yang baik, cuma ada ketikanya "kelaparan" tidak dapat dibendung, menyebabkan posisi masing-masing ditinggalkan...

jumpa lagi diperlawanan akan datang..gambar tunggu hj nizam membagi:)

Friday 17 September 2010

PERLAWANAN MEMBUANG LAMAK!!

SALAM SEMUA..BERSEMPENA PUASA SUDAH HABIS DAN HARIRAYA PUN SUDAH LAPAS SEMINGGU, PHEMFC AKAN MENGADAKAN PERLAWANAN MEMBUANG LAMAK, YANG MANA PERLAWANAN INI AKAN BERLANGSUNG SELAMA 2 HARI BERTURUT-TURUT IAITU PADA :

1- 26 HB SEPTEMBER 2010(AHAD)
2-27 HB SEPTEMBER 2010 (ISNIN)
JAM: 4.30 PTG
VENUE:KOMPLEKS SUKAN BERAKAS(PADANG KEBAJIKAN)

DIHARAP KEPADA PEMAIN-PEMAIN DAPAT MENGHADIRKAN DIRI PADA TARIKH DAN MASA YANG TELAH DINYATAKAN DENGAN MEMBAWA BAJU TEAM DAN ONGKOS $4..

SELAMAT HARI RAYA.

Pihak pengurusan phemfc ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pemain-pemain phemfc .

Tuesday 3 August 2010

phem vs jpi

fahmi beraksi diseparuh masa pertama sebagai midfield..
dua pemain yang berbeza posisi..tetapi matlamat tetap sama..

new signing..harga?tidak dipublish berapa,hehe


jufri..sentuhan bisanya masih dinanti-nanti..

fahmi masih mencari rentaknya yang dahulu..

ajis..mungkinkah posisinya akan dibid oleh c napi?hehe..just joking(,")

azyrin..berpuas hati sebab bajunya muat,haha

pemain simpanan yang lapar-lapar belaka

sujairi dibeli dari itq dengan harga senaskah al-quran,hehe


dua pemain misteri..suka kan jadi numbur satu..liat numbur baju durang,hehe











KEMENANGAN BERHARGA!

setelah sekian lama dirundung kekalahan ,hari ani phem melakar kemenangan bergaya menewaskan jpi 4-1 .kemenangan hari ini juga diselajurkan dengan "laungching" jersi baru phem dan juga sebagai perlawanan penutup sebelum pemain-pemain phemfc beraksi dimasjid masing-masing dibulan ramadhan nanti .

kehadiran ramai pemain hari ani menggembirakan pengurusan walaupun sedikit kecewa dengan kondisi padang yang terlalu "licak" , namun ianya tidak menggugat semangat baju baru .

phem memulakan formasi "all-out-attack" ,dimana pemain-pemain lebih banyak disusun untuk menyerang .dibarisi fahmi,ajis,nijam,jufri,jamil,mazlan ,kbas dan lain-lain,phem berhasrat untuk merasmikan baju baru ini dengan penuh gaya .walaupun berbalas-balas serangan akan tetapi masing-masing belum dapat menembusi gawang masing-masing ,sehinggalah kbas berjaya memecah kebuntuan sekaligus menjadi penjaring pertama dengan jersi baru.

diseparuh masa kedua phem menukar 99% pemain dimana hanya sadullah dan kadut sahaja pemain separuh masa pertama yang masih kekal bermain ,manakala selebihnya adalah team baru seperti hanafi ,abing ,amin,ayub ,azyrin ,mong ,jimi dan lain-lain .diseparuh masa kedua phem lebih banyak membuat formasi simple past .dalam phem mengatur permainan ,jpi berjaya merapatkan jurang apabila wandai terlepas dari kawalan dan merembat menewaskan kadut menjadi 1-1 .

setelah itu phem lebih banyak mendominasi posisi .gol seterusnya menjelma apabila azyrin dengan bijak membuat "placing" menewaskan penjaga gol yang di"loan"iaitu tohara menjadikan 2-1 .

tidak lama kemudian kbas yang dimasukkan semula sekali lagi menjadi penyumbang gol bilamana jaringannya juga berjaya menewaskan tohara untuk kali ketiga .ketika perlawanan hampir tamat ,jimi turut memasukkan namanya dalam sejarah"new jersi debut" bilamana ia menjaringkan gol setelah menerima hantaran daripada kbas .

dengan kemenangan ini phem telah berjaya memecahkan rekodnya yang tidak pernah menang dalam beberapa bulan kebelakangan ini .

semoga berjumpa lagi selepas hari raya...chow .