PHEMFC - Web Rasmi Bagi Member-Member PHEMFC.....

PHEMFC bermula dengan beberapa perlawanan persahabatan dengan niat untuk bersukan dan beriadah disamping mengeratkan hubungan silaturrahim dengan member-member dan pasukan lawan....

Sunday 14 November 2010

AKHIRNYA KECUNDANG JUA...

Kebajikan, Sabtu 13/11/10 : Phemfc yang cuba mengekalkan rekod tanpa kalah selama memakai jersi baru akhirnya terpaksa akur setelah di "jinakkan" oleh taib dengan jaringan 4-3 .Phem yang terus menerus dengan masalah disiplin(hanya 12 orang yang datang..masalah ani semakin serius), memaksa pengurus menukar posisi-posisi biasa kepada "plan H", dimana beberapa orang pemain terpaksa bermain bukan di posisi asalnya menyebabkan rentak permainan hambar. Pada perlawanan ini, phem memulakan perlawanan agak hambar, dimana hampir sepanjang separuh masa pertama team lawan menguasai permainan.

Taib membuka jaringan dipertengahan babak pertama, dan tidak lama selepas itu mereka terus dihadapan dengan menambah satu lagi jaringan.Walaupun sudah ketinggalan, tapi phem masih juga membuktikan kelaparan mereka, dan akhirnya berjaya memacahkan talur, apabila percubaan daripada amin terkena tiang terus disambar oleh ajis menjadikan kedudukan 2-1 hingga wisel separuh masa tamat.

Diseparuh masa kedua, pasukan membuat pertukaran dengan memasukkan azyrin dan sujairi yang menggantikan amin dan fahmi, dan terpaksa meloan "express" hj boy( urang team sebalah ) sebab inda cukup urang.

diseparuh masa kedua ini juga rentak sedikit berubah dimana phem mampu membuat beberapa gerakan dan serangan ke kubu lawan. Akhirnya phemfc berjaya menyamakan kedudukan apabila ajis dengan bijak menyambar bola yang terlepas dari kawalan pertahanan taib.

menyedari phem semakin lapar, taib menggandakan serangan dan akhirnya berhasil menjaringkan hol ketiga, menerusi gol sendiri hj azrol yang cuba menyelamatkan bola diatas garisan ( ndapa g,nda ku menyalahkan kau tu,hehe).Dan selang beberapa minit mereka terus selesa dihadapan menjadikan kedudukan 4-2.

Walaupun ketinggalan, phem terus cuba menggasak pertahanan lawan, dan akhirnya berjaya merapatkan jurang menerusi hj boy ( Pemain yang diloan ), dan kedudukan ini tamat hingga wisel penamat.

Secara keseluruhan permainan tidak lah sehebat ketika menentang SBFC tempoh hari, ini mungkin disebabkan ramai pemain yang tidak datang ( yang datang pun terpaksa menanggung padah kerana cedera...ajis, jupri ), dan yang lebih malang lagi pemain-pemain terpaksa bermain diposisi yang lain dari kebiasaan..

untuk perlawanan akan datang, pengurus tidak akan mengkonfomkan sebarang game, sebelum disanggupi oleh semua pemain, demi memastikan perkara seperti ini ( kekurangan ) tidak berlaku lagi.

p/s : gambar tidak dapat di post sebab nada urang kan disuruh menggambar..

Thursday 11 November 2010

NOVEMBER GAME

Assalamualikum..

Perlawanan phemfc seterusnya ialah menentang taib selection pada esok sabtu 13/11/10 bertempat di Padang Kebajikan Berakas jam 4.30 Petang

Sila pastikan abiskita membawa $4 bersama baju team warna merah..

laporan akan diupdate selepas perlawanan..