PHEMFC - Web Rasmi Bagi Member-Member PHEMFC.....

PHEMFC bermula dengan beberapa perlawanan persahabatan dengan niat untuk bersukan dan beriadah disamping mengeratkan hubungan silaturrahim dengan member-member dan pasukan lawan....

Tuesday 27 April 2010

hanya sekadar seri..

jkr;isnin 27 april 2010; phemfc hari ini sekali lagi gagal untuk melakarkan kemenangan walaupun mendahului 3-2,tetapi percubaan disaat-saat akhir memusnahkana impian phemfc untuk kemenangan pertama semenjak mac 2010 ,kesudahannya phemfc terpaksa berpuas hati dengan keputusan 3-3 .

pada separuh masa pertama phem menurunkan penyerang "legend"nya iaitu fahmi dan nijam bergandingan dengan penjaring terbanyak ajis,amin(macam zidane ia hari ani)dengan misi untuk menang . apa yang menyedihkan beberapa pemian phem terpaksa diloankan ke team sebalah sebab durang nda cukup urang(tapi macam suka jua durang main sebalah atu,banar-banar bah durang main ah,haha)iaitu endy(ia ani punca penalti ni..karang cerita),hamdan(untung ia kana dulur jadi wing,hehe),tohara(baik jua 2nd half jadi penyelamat,kalau nda....:))

pada awal-awal permainan phemfc banyak mengawal bola cuma beberapa serangan tidak menjadi.akhirnya penantian Yang ditunggu tiba bilamana fahmi memecah kebuntuan dengan jaringan pertamanya untuk bulan ani(andang jua bulan ani satu game saja,hehe),sekaligus membuktikan bahawa perletakan jawatannya sebagi legend adalah propaganda sahaja,hehe..

selang beberapa minit pasukan lawan berjaya menyamakan kedudukan setelah "endy"menjatuhkan diri didalam kotak d(ani nda munasabah ni..pandai ia mengelirukan refree..ko punca ni endy,hehe),dan penjaga gol phem tidak dapat menyelamatkan tendangan tersebut untuk kedudukan 1-1.

setelah itu kedua-dua team berbalas serangan,tapi nasib baik penjaga gol "heng sikit hari ani",bilamana beliau berjaya mematahkan beberapa serangan . beberapa minit keudian pasukan lawan mendahului bilamana gerakan solo penyerangnya berjaya "melasutkan" hanafi, dan kedudukan ini kekal sehingga wisel pertama tamat .

diseparuh masa kedua phem menukar beberapa pemain seperti murni(c mong keluar sebab cedera tapak kaki),jundul(gagas ia balik,malam jumat kah ni ah?hehe) dan memasukkan jimi,kadut dan azrol .

separuh masa kedua permainan phemfc lebih tersusun(open play) sebab masing-masing memainkan peranan,dan akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang sensasi setakat ani ajis memasukkan namanya dalam senarai score-sheet menjadikan 2-2.belum puas dengan serangan itu,phem terus mengasak dan akhirnya berjaya mendahului 3-2 menerusi jaringan sujairi(ani pun jarang main,tapi sekali ia main skor lagi tu..cana,bulih jadi legend ni?hehe)..

dalam phem berangan-angan untuk memenangi perlawanan ini,samsul mengalami kecederaan hamstring yang memaksa beliau keluar tanpa ada pengganti,dan menjadikan phem bermain 10 orang sahaja .menyedari phem kekurangan pemain , team lawan pun membuat strategi "all-out-attack" dimana mereka menguasai separuh padang , dan akhirnya phem tidak berupaya bertahan lebih lama apabila penyerangnya bijak membuat rembatan menewaskan hanafi lagi sekali .

dengan keputusan seri ini phem masih lagi belum memecahkan rekod peribadinya..sekalung pujian diberikan kepada semua pemain-pemain( yang skor,yang jadi mid-field,yang jadi defender,yang jadi keeper&yang mengambil bula didalam kolam,hehe)diatas permainan yang semakin menarik dan komitmen yang diberikan .

semoga berjumpa lagi diperlawanan yang akan datang,dan tunggu aksi-aksi menarik perlawanan hari ini tidak lama lagi...

p/s:jangan lupa!abiskita dialu-alukan untuk merepek disini..

Monday 26 April 2010

Tomorrow schedule

Phemfc esuk akan meneruskan misinya.perlawanan persahabatan menentang"moe"(nda tau department mana),yang akan berlangsung dipadang jkr jam4.30 ptg.
Seperti biasa kehadiran pemain(terutama pemain2 utama) sangat-sangat diharapkan.
Dan yg paling penting jgn lupa bw baju team sama $4,hehe..

Good luck phemfc!

Monday 12 April 2010

berpesta gol

kebajikan;12 april : phemfc kemarin berkongsi 12 gol dengan pasukan bomba pada perlawanan persahabatan semalam dimana keputusan akhir 6-6 .dengan ketiadaan tonggak utama fahmi menyukarkan nijam menjalankn tugasnya sebagai penggempur:)

Phemfc menggunakan formasi 3-5-2 pd 1st half ternyata mengundang padah dimana pasukan bomba mendahului 2 gol pada minit-minit awal,akan tetapi phemfc bangkit mengejar akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama melalui ajis,selang beberapa minit ajis sekali lagi menjaringkan gol setelah berjaya melepasi pertahanan pasukan lawan .

phemfc akhirnya berjaya mendahului pasukan bomba pabila hamdan(cigu) berjaya menanduk bola hantaran jamil menjadikan kedudukan 3-2, akan tetapi kosentrasi phemfc terganggu(mungkin sebab mengalih) menyebabkan bomba berjaya menyamakan kedudukan menjadi 3-3 sebelum wisel separuh masa pertama ditiupkan .

diseparuh masa kedua seperti biasa phemfc menukar pemain dengan memasukkan "kbas"(dengan stupur baru),azyrin,agus,hj azrol,gmie,kadut,amin,sujairi.

pada permulaan game phemfc menampakkan yang mereka akan menang pada petang itu bilamana jaya memasukkan namanya didalam "score sheet" menjadikan kedudukan 4-3 . phemfc juga berpeluang menambahkan jaringan antaranya menerusi azyrin(headernya tersasar),amin(kana save trynya),jufri(tendangan kelaut,hehe)..

menyedari durang ketinngalan pasukan bomba mengatur serangan demi serangan,ditambah lagi dengan kelonggaran dibahagian tengah(banyak kosong space) menyebabkan pasukan bomba berjaya mendapatkan 2 gol yang mudah(bida banar gol atu..sebab atu keeper nda tesave,hehe) menjadikan kedudukan berubah 5-4 .

selang beberapa minit hj jamil melihatkan kehebatannya bilamana percubaannya dari luar kotak d menembusi gawang sekaligus merapatkan jurang kepada 5-5...akibat keletihan(nda fit kali,hehehe)..sekali lagi penjaga gol phemfc tertewas setelah penyerang team lawan hanya berdepan one by one dengan penjaga gol menadikan keputusan 6-5 .

diminit-minit akhir gmie(defender) akhirnya menjadi hero bilamana gerakan solonya dari bawah berjaya melepasi semua pertahanan untuk keputusan muktamad 6-6 .

dengan keputusan ani phemfc masih dengan rekodnya belum pernah kalah untuk bulan ani(sebabnya bulan ani baru satu game,haha)..tq kepada pemain-pemain yang hadir dengan semangat..

kita jumpa lagi 17hb ani dipadang bolkiah garrison...tunggu gambar aksi2 perlawanan ani nanti..

Tuesday 6 April 2010

new jersey..


masa ani pemain phemfc semakin bertambah..jadi mungkin sudah tiba masanya untuk kitani membeli jersey baru supaya semua urang tedapat..setuju?

jadi kepada pemain-pemain yang boleh merekomen kedai untuk membeli baju team baru dengan harga yang berpatutan,sila komen disini...

suggestion atau pandangan sangat-sangat diharapkan..