PHEMFC - Web Rasmi Bagi Member-Member PHEMFC.....

PHEMFC bermula dengan beberapa perlawanan persahabatan dengan niat untuk bersukan dan beriadah disamping mengeratkan hubungan silaturrahim dengan member-member dan pasukan lawan....

Tuesday 30 March 2010

PHEMFC Vs Squadron

selamat pengantin baru

pihak pengurusan dan semua pemain-pemain phemfc mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada hj norazlani bin hj md yassin @ "jundul"rodrigues" yang telah melangsungkan pernikahan pada hari ahad lalu 28/3/2010 bertempat dimasjid kampong pandan .

didoakan semoga beliau terrus kekal bahagia, aman damai dan dimurahkan rezeki..dan dengan pesanan "lapas kawin ani jangan nda mau main bula ah",hehe...

april schedule

untuk bulan april sudah ada dua perlawanan yang sudah dirunding dan telah konpom yang membabitkan phemfc :

1- 12/4/2010 ( isnin) versus : "unknown fc" , venue: padang kebajikan berakas , jam 4 petang , bawa $4 .

2- 17/4/2010 ( sabtu ) versus :" menjana united" , venue : padang bolkiah garrison . jam 4 petang , bawa $ 3.

kekalahan terus menghantui

phemfc hari ani menerima satu "pengajaran" yang bermanfaat setelah kecundang ditangan skuadron united dengan jaringan 5-0 di padang jkr peetang tadi .

walaupun phemfc hari ani memainkan "star" tapi skuadron united merupakan cabaran yang hebat hari ani,bilamana ruang tengah banyak didominasi oleh team lawan .

separuh masa pertama phemfc ketinggalan 2-0 setelah beberapa gerakan yang serba nda menjadi membantutkan phemfc untuk menjaringkan gol .

diseparuh masa kedua phemfc menukar strategi dengan memainkan amin,fahmi dan nizam selaku "trio attacker"(sekali sekala bahaya jua kamu ani,hehe)dengan bantuan pemain baru "layong" dan grin,tapi sebaliknya phemfc tarus ketinggalan dengan 3 lagi jaringan diseparuh masa kedua .

pada game ani jua menyaksikan endy dan ajis mengalami kecederaan,dan diharap durang dua ani dapat beraksi untuk perlawanan akan datang .

dengan kekalahan ani ertinya phemfc kekal dengan satu kemenangan sahaja untuk bulan mac dan game ani adalah perlawanan penutup untuk bulan mac 2010 .

nantikan gambar aksi-aksi pada perlawanan ani nanti..chow!

Sunday 28 March 2010

tomorrow fixture

esok akan berlangsungnya satu perlawanan persahabatan diantara phemfc bertemu squadron united(team air-force) bertempat dipadang jkr "a" jam 4.00 ptg...

kepada pemain-ppemain yang belaku datang jangan lupa datang dengan membawa benda-benda "package"(duit$2 sama baju team)..

see you on the field!!

Thursday 25 March 2010

17/4/10

Perlawanan yang dijadualkan pada 17/4/10 (bolkiah) dengan ini dibatalkan sebab pdg atu kana pakai..tapi game 12/4/10 tetap "on"...

Tuesday 23 March 2010

NEXT MATCH

InsyaAllah PHEMFC akan mengadakan perlawanan persahabatan pada ISNIN 12 APRIL 2010 JAM 4 PETANG di PADANG KEBAJIKAN BERAKAS.

Kehadiran pemain-pemain adalah amat2 diharapkan bagi perlawanan tersebut, ketidak hadiran mestilah dimaklumkan kepada Jofri atau Hanafi, untuk mengelakkan dari perkara seperti perlawanan lepas berlaku lagi...

Pesanan ringkas (SMS) melalui telefon sudahpun diedarkan, maka jika tidak berlaku datang, haraplah memaklumkan...kerana SMS tersebut bukanlah percuma.

Akhirnya, wassalam...

Sekian...

Sunday 21 March 2010

kecundang dan memalukan

ahad,kebajikan:phemfc semalam kecundang kepada mahad 1991 dalam satu perlawanan persahabatan(nda ingat berapa scorenya).apa yang lebih menyedihkan kehadiran pemain-pemain yang mendukacitakan dimana hanya 8 orang pemain sahaja yang hadir.

diseparuh masa pertama phemfc sudah ketinggalan 4-1,manakala diseparuh masa kedua phemfc terpaksa meninjam pemain-pemain team lawan,maka jadilah ianya "macam main patang-patang"

apa-apa pun,untuk game yang akan datang,para pemain diharap akan dapat "mengkonfirkan" sama ada belaku main atau inda.ini memudahkan untuk mencari pemain-pemain tambahan atau menkensel game...tq

p/s:sori gambar tidak dapat disiarkan kerana jurugambar terpaksa main full-time:)

Friday 19 March 2010

Wednesday 17 March 2010

Tuesday 16 March 2010

Mid-Week Game

esok phamfc akan mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan "unknown" fc yang akan berlangsung dipadang kementerian kesihatan jam 4.30 ptg...so,kepada pemain-pemain jangan lupa datang..

Thursday 11 March 2010

next fixtures

Phemfc akan mengadakan satu perlawanan persahabatan di Komples Sukan Berakas(kebajikan) pada :

21/3/2010 (Ahad)
Jam: 4.30 ptg..

so,kepada pemain-pemain jangan lupa datang dan membawa baju team dan wang $4...

Monday 8 March 2010

phemfc key men..

anitah wajah-wajah pengasas PHEMFC..caretaker,merangkap tukang sms,bendahari,blogger....



Saturday 6 March 2010

WELCOME TO OUR NEW BLOG

Selamat datang ke blog baru phemfc..kepada pengguna-pengguna blog ini dibolehkan menyumbang artikel akan tetapi pastikan ianya tiada unsur 18sx..

administrator akan mengupdate blog ini dalam masa yang terdekat..

PHEMFC MERAYAKAN KEMENANGAN!

UNISSA,6/3/2010 : phemfc melakarkan rekod kemenangan pertama untuk bulan ini apabila selesa menewaskan unissa 3-0 dipadang unissa gadong . Kemenangan ini amat bermakna kepada caretaker phemfc yang akan menyambut hari jadinya pada hari isnin ini(saja promo,hehe)..phemfc hari ini bermain dengan baik dimana hampir kesemua pemain-pemain hadir.

diseparuh masa pertama phemfc hampir mendominasi perlawanan dimana phemfc banyak membuat hantaran dan percubaan tetapi bahagian hadapan hari ini tidak begitu menyengat(mungkin sebab hj jamil banyak makan rojak tadi pagi,hehehe).dipertengahan separuh masa pertama barulah phem berjaya menjaringkan gol menerusi hj jamil hasil "setting "yang cantik daripada hj nizam .

diseparuh masa kedua unissa cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan,akan tetapi pertahanan yang dikawal symsul&endy berjaya mematahkan beberapa serangan.

phemfc terus selesa dihadapan bilamana gmie berjaya meletakkan namanya dalam senarai penjaring gol setelah membuat percubaan dari jarak jauh menewaskan penjaga gol unissa .selang beberapa minit giliran pg saiful pula memastikan phemfc terus selesa dihadapan setelah menyaksikan "flying header" beliau menewaskan penjaga gol unissa .

unissa juga membuat beberapa percubaan bahaya akan tetapi penjaga gol phemfc hari ani berada dalam kondisi yang sangat "fit" menyebabkan unissa sukar untuk menembusi gawang beliau .