PHEMFC - Web Rasmi Bagi Member-Member PHEMFC.....

PHEMFC bermula dengan beberapa perlawanan persahabatan dengan niat untuk bersukan dan beriadah disamping mengeratkan hubungan silaturrahim dengan member-member dan pasukan lawan....

Saturday 6 March 2010

PHEMFC MERAYAKAN KEMENANGAN!

UNISSA,6/3/2010 : phemfc melakarkan rekod kemenangan pertama untuk bulan ini apabila selesa menewaskan unissa 3-0 dipadang unissa gadong . Kemenangan ini amat bermakna kepada caretaker phemfc yang akan menyambut hari jadinya pada hari isnin ini(saja promo,hehe)..phemfc hari ini bermain dengan baik dimana hampir kesemua pemain-pemain hadir.

diseparuh masa pertama phemfc hampir mendominasi perlawanan dimana phemfc banyak membuat hantaran dan percubaan tetapi bahagian hadapan hari ini tidak begitu menyengat(mungkin sebab hj jamil banyak makan rojak tadi pagi,hehehe).dipertengahan separuh masa pertama barulah phem berjaya menjaringkan gol menerusi hj jamil hasil "setting "yang cantik daripada hj nizam .

diseparuh masa kedua unissa cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan,akan tetapi pertahanan yang dikawal symsul&endy berjaya mematahkan beberapa serangan.

phemfc terus selesa dihadapan bilamana gmie berjaya meletakkan namanya dalam senarai penjaring gol setelah membuat percubaan dari jarak jauh menewaskan penjaga gol unissa .selang beberapa minit giliran pg saiful pula memastikan phemfc terus selesa dihadapan setelah menyaksikan "flying header" beliau menewaskan penjaga gol unissa .

unissa juga membuat beberapa percubaan bahaya akan tetapi penjaga gol phemfc hari ani berada dalam kondisi yang sangat "fit" menyebabkan unissa sukar untuk menembusi gawang beliau .

No comments: