PHEMFC - Web Rasmi Bagi Member-Member PHEMFC.....

PHEMFC bermula dengan beberapa perlawanan persahabatan dengan niat untuk bersukan dan beriadah disamping mengeratkan hubungan silaturrahim dengan member-member dan pasukan lawan....

Tuesday, 30 March 2010

PHEMFC Vs Squadron

selamat pengantin baru

pihak pengurusan dan semua pemain-pemain phemfc mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada hj norazlani bin hj md yassin @ "jundul"rodrigues" yang telah melangsungkan pernikahan pada hari ahad lalu 28/3/2010 bertempat dimasjid kampong pandan .

didoakan semoga beliau terrus kekal bahagia, aman damai dan dimurahkan rezeki..dan dengan pesanan "lapas kawin ani jangan nda mau main bula ah",hehe...

april schedule

untuk bulan april sudah ada dua perlawanan yang sudah dirunding dan telah konpom yang membabitkan phemfc :

1- 12/4/2010 ( isnin) versus : "unknown fc" , venue: padang kebajikan berakas , jam 4 petang , bawa $4 .

2- 17/4/2010 ( sabtu ) versus :" menjana united" , venue : padang bolkiah garrison . jam 4 petang , bawa $ 3.

kekalahan terus menghantui

phemfc hari ani menerima satu "pengajaran" yang bermanfaat setelah kecundang ditangan skuadron united dengan jaringan 5-0 di padang jkr peetang tadi .

walaupun phemfc hari ani memainkan "star" tapi skuadron united merupakan cabaran yang hebat hari ani,bilamana ruang tengah banyak didominasi oleh team lawan .

separuh masa pertama phemfc ketinggalan 2-0 setelah beberapa gerakan yang serba nda menjadi membantutkan phemfc untuk menjaringkan gol .

diseparuh masa kedua phemfc menukar strategi dengan memainkan amin,fahmi dan nizam selaku "trio attacker"(sekali sekala bahaya jua kamu ani,hehe)dengan bantuan pemain baru "layong" dan grin,tapi sebaliknya phemfc tarus ketinggalan dengan 3 lagi jaringan diseparuh masa kedua .

pada game ani jua menyaksikan endy dan ajis mengalami kecederaan,dan diharap durang dua ani dapat beraksi untuk perlawanan akan datang .

dengan kekalahan ani ertinya phemfc kekal dengan satu kemenangan sahaja untuk bulan mac dan game ani adalah perlawanan penutup untuk bulan mac 2010 .

nantikan gambar aksi-aksi pada perlawanan ani nanti..chow!

Sunday, 28 March 2010

tomorrow fixture

esok akan berlangsungnya satu perlawanan persahabatan diantara phemfc bertemu squadron united(team air-force) bertempat dipadang jkr "a" jam 4.00 ptg...

kepada pemain-ppemain yang belaku datang jangan lupa datang dengan membawa benda-benda "package"(duit$2 sama baju team)..

see you on the field!!

Thursday, 25 March 2010

17/4/10

Perlawanan yang dijadualkan pada 17/4/10 (bolkiah) dengan ini dibatalkan sebab pdg atu kana pakai..tapi game 12/4/10 tetap "on"...

Tuesday, 23 March 2010

NEXT MATCH

InsyaAllah PHEMFC akan mengadakan perlawanan persahabatan pada ISNIN 12 APRIL 2010 JAM 4 PETANG di PADANG KEBAJIKAN BERAKAS.

Kehadiran pemain-pemain adalah amat2 diharapkan bagi perlawanan tersebut, ketidak hadiran mestilah dimaklumkan kepada Jofri atau Hanafi, untuk mengelakkan dari perkara seperti perlawanan lepas berlaku lagi...

Pesanan ringkas (SMS) melalui telefon sudahpun diedarkan, maka jika tidak berlaku datang, haraplah memaklumkan...kerana SMS tersebut bukanlah percuma.

Akhirnya, wassalam...

Sekian...